NAHU DAN TASAWUF.
من تبحر فى علم واحد تبحر جميع العلوم
“Barang siapa yang tabahur (menguasai secara mendetail dan mendalam seperti lautan) terhadap suatu ilmu (nahu sorof), maka orang itu akan (mampu) tabaur pada semua ilmu”.
الْكَلَامُ هُوَ اللَّفْظُ الْمُرَكَّبُ الْمُفِيْدُ بِالْوَضْعِ.
Kalam adalah lafaz yang murakkab. Ertinya, seseorang yang berbicara hendaknya berbicara sesuai keadaan hati jernih, dan terungkap dengan maksud mengingatkan kepada Allah سبحانه وتعالى Kalam juga sepatutnya memberi manfaat (mufid) bagi para pendengar, baik untuk jasmani mahu pun rohani. Tidak hairan mengapa cahaya ahli hikmah selalu mendahului perkataannya, kerana kalam apabila keluar dari hati, maka akan mudah sampai ke hati, sehingga melahirkan rasa takut kepada Allah ataupun rindu berjumpa dengan Nya. Namun, apabila keluar dari lisan, maka sasarannya hanyalah telinga belaka.
Kalam juga merupakan lafaz yang tersusun dari ucapan dan perbuatan. Apabila kalam sunyi dari perbuatan, maka ia tidak akan berguna (mufid) bagi mendustakan perkataannya. Seorang pembicara yang budiman adalah yang berbuat sebelum berbicara, sebagaimana nasehat seorang penyair yang mengatakan:
يا أيها الرجل المعلم غيره * هل لا لنفسك كان ذا التعليم
تصف الدواء لذي السقام و ذي الضنى* كيما يصح به و أنت سقيم
و تراك تلقح بالرشاد عقولنا * نصحا و أنت من الرشاد عديم
ابدأ بنفسك فانهها عن غيها * فإذا انتهت عنه فأنت حكيم
فهناك يقبل ما نقول و يقدى * بالوعظ منك و ينفع التعليم
لا تنه عن خلق و تأتي مثله * عار عليك إذا فعلت عظيم
“Wahai engkau yang mengajar kesana kemari,
Sudahkah engkau mengajari diri sendiri?”
“Jangan kau ubati orang yang sedang menderita,
Sedang kau sendiri masih terderita”
“Jangan kau umbar segala petunjuk,
Sedang kau sendiri nyaris terkutuk.”
“Mulailah dari diri sendiri. Janganlah tertipu,
Bila ingin bijak, selamatkanlah jiwamu.”
“Saat itulah ucapanmu menjadi panutan mulia,
Dan kau pantas mendidik siapa saja.”
“Jangan kau larang orang berbuat keji,
Bila kau sendiri yang melakukannya, maka kau sangatlah keji.”
والله أعلم.
Ustadz M. Basirun
Bagikan ini:
TwitterFacebook
Terkait
NAHU DAN TASAWUF MELALUI MATAN AR JURUMIYYAH
26 Maret 2019
dalam "Tak Berkategori"
Ulama itu bernama KH. Zuhri Zaini.
2 Mei 2021
dalam "Tak Berkategori"
Imam Asy’ari
29 Maret 2019
dalam "Tak Berkategori"
Penulis: taufiqurrahmanzaini
Ingin terus belajar Lihat semua pos milik taufiqurrahmanzaini
Tidak ada komentar:
Posting Komentar